Sunday, December 12, 2010

LATAR BELAKANG ASRAMA
SMK BUKIT RAMBAI, MELAKA

Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka telah memulakan operasinya dengan menerima pelajar pada tahun 2002.  Sepanjang tempoh itu, asrama sekolah ini telah mengalami pertumbuhan dan peningkatan dari segi kemudahan fizikalnya dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan pengurusan, samada dari segi makanan, kemudahan peralatan dan personel serta pengurusan kurikulum dan kokurikulum penghuni asrama.  Ini bertujuan mewujudkan suasana kehidupan asrama sebagai pengganti institusi rumah yang mempunyai tujuan mengasuh dan mendidik para pelajar supaya jasmani, emosi, rohani dan intelek mereka boleh berkembang secara seimbang.

Asrama SMK Bukit Rambai terdiri dari 2 blok, Blok Aspura dan Blog Aspuri yang boleh menampung seramai 400 orang pelajar lelaki dan perempuan.  Pada tahun 2010, penghuni asrama berjumlah seramai 350 orang dan jumlah yang sama dijangkakan untuk tahun 2011.  Sebagai asrama harian, ia menampung hamper 25 peratus pelajar sekolah ini yang terdiri daripada pelajar Rancangan Khas, Rancangan Khas Sukan dan Rancangan Khas Aliran Agama (KAA) yang hamper keseluruhannya datang dari Negeri Melaka.

Asrama SMK Bukit Rambai, Melaka mempunyai 6 orang warden termasuk seorang ketua warden.  Sebuah surau yang berkapisiti untuk 400 orang untuk pelajar menunaikan solat dan aktiviti kerohanian yang lain.  Begitu juga dengan dewan makan untuk pelajar yang boleh memuatkan semua pelajar asrama sekolah ini.  Cabaran yang terus dihadapi ialah tempat dan gelangang permaian yang terhad dan beberapa alternatif telah diadakan sesuai dengan keperluan dan minat pelajar.

Dari segi keceriaan, usaha meningkatkannya terus dijalankan sesuai dengan kemampuan sekolah dan keperluan semasa.  Semoga semua ini dapat menyumbang kepuasan dan keselesaan penghuni-penghuninya.

1 comment:

  1. ade kosong x hurmm...harap ii sya dpt masuk sane.. InshaAllah Allah akan mudahkan urusan sya 💕

    ReplyDelete